
Menulis kerana Rasa...
Saturday, February 25, 2012
madah sepi

Monday, January 23, 2012
angin rindu Newcastle
Alhamdulillah, selamat tiba di bumi Newcastle untuk jihad ilmu di medan tahun 4 insyaALLAH..
Setelah hampir 4 bulan diizinkan ALLAH untuk melepas rindu dan menyemai cinta di Malaysia, kini saya kembali menghirup angin Australia.
Angin yang sarat dengan ingatan pada mereka yang tersayang di Kedah~
Sungguh kepulangan saya ke bumi kanggaru kali ini sungguh meruntun hati, tak tergambar dengan kata.
Hati saya tak henti berdoa sepanjang 8jam perjalanan agar ALLAH kuatkan semangat saya,
agar ALLAH tabahkan hati saya,
agar ALLAH terus menjaga mereka di sana dengan sebaik-baik jagaan dan lindungan...
Hari ini hari pertama di sini untuk tahun ini dan saya tak malu mengaku kalau saya masih sangat 'fragile'...
sangat, sangat sangat.. T_T
Justeru saya sungguh mohon doa kalian,
agar ALLAH kuatkan...
kuatkan...
kuatkan.
Monday, January 16, 2012
detik dihitung
"Ok, lagi 6 hari sebelum insyaALLAH terbang pulang ke bumi kangaru."
"Ok, kalau homesick teruk macam mana?bila lagi nak balik Malaysia?"
"Ok, hati rasa berat sebab lama sangat bercuti di Malaysia, hampir 4 bulan."
"Ok, cuak nak mula 'clinical year' sebab takut tak boleh 'cope'."

Dialog di atas adalah dialog dalam hati saya yang dok asyik menghitung detik nak pulang ke Australia.
Sungguh kecut la hati saya memikirkan macam-macam benda.
Kerutnya dahi dan sedihnya muka sampai terbawa-bawa bila orang asyik tanya bila nak balik Australia.(ish sensitip sungguh)
Bila tengok mimik muka yg macam budak kecik tak dapat lolipop, seorang makcik yang sgt saya hormati (makcik ni saya berkenalan di sebuah masjid dan beliau sangat la baik ati dan penyayang) pesan pada saya,
"Khadijah, menuntut ilmu tu berjihad..dan berjihad ni memang susah nak buat,rasa berat nak buat tapi kena buat jugak sebab nak tolong agama ALLAH..."
Fuhhhhh!!ayat tak sampai 5 minit nak cakap tapi kesannya sampai ke hati, ALLAH saja la yg tahu..
p/s:doakan saya! ^_^
Friday, December 30, 2011
Mencari atau Menanti
Contoh paling dekat ialah menerusi baitul muslim atau meminta ibu bapa mencari.
Wallahu’alam.
Monday, November 28, 2011
Muslim Produktif atau Pasif?
InsyaALLAH, post ini adalah 'hutang' saya pada seseorangyang baru sempat dilangsai hari ini..
Moga kita sama-sama mengambil manfaat dari 'post' ini..
Muslim Produktif
Melihat pada tajuknya saja buat saya rasa malu kerana saya harus mengaku kalau sepanjang 23 tahun diberi peluang oleh ALLAH untuk berkelana di bumi DIA ini, saya tidak pasti kalau saya pernah atau hampir pernah menjadi muslimah yang produktif..
Kalau bercakap tentang fardu kifayah, kerja atau tuntutan 'assignment' selalu sahaja disiapkan 'last minute', 'study' untuk peperiksaan juga 'last minute'.. bukan tak pernah cuba untuk bermula awal-awal cuma terlalu ikut kata nafsu maka tewas pada jihad untuk berubah.. T_T
Kalau bercakap tentang fardu ain pula, bertambah tebal lah muka saya lantaran menanggung malu pada status "hambaNYA" yang saya pegang..
dengan ibadah wajib tak sehebat mana, ibadah sunat tak seberapa, dosa kecil besar menggunung sana-sini..T_T
tapi insyaALLAH hari ini saya akan berkongsi tentang ciri-ciri muslim yang produktif walau diri masih pasif..
moga-moga dengan amanah menulis ini, saya lebih bersemangat untuk berusaha menjadi muslimah yang PRODUKTIF.
Ciri-ciri Muslim Produktif
1. Taqwa
Dalam ujian untuk menjadi muslim yang produktif, ia punya syarat wajib untuk lulus iaitu TAQWA.
Seseorang muslim itu dinilai ibadahnya berdasarkan tahap kecemerlangan taqwanya.
Seperti mana mustahilnya seorang pelajar perubatan menjadi seorang doktor sekiranya lokasi jantung dalam tubuh pun dia tidak pasti, begitu jugalah nilaian taqwa dalam diri seorang mukmin..
Mukmin tanpa taqwa seperti musafir di Gurun Sahara mencari sebatang sungai, gersang dalam pencarian yang tidak berhasil.
Dari taqwa yang mantap akan terhasillah peribadi Mukmin yang benar-benar takutkan ALLAH dan berusaha menjadi hambaNYA yang benar-benar mengikut acuan Al-Quran.
2. Merancang Masa Depan
Seorang muslim yang baik itu sentiasa memikirkan tentang rencana masa depan dan menyusun urusannya untuk hari esok. Bukankah antara 10 muwasofat tarbiyah itu adalah tersusun urusannya dan bijak menguruskan masa?
Muslim yang cemerlang akan sangat takut pada waktu yang berlalu tanpa memanfaatkannya kerana mereka sedar bahawa ALLAH telah bersumpah dengan masa di dalam surah Al-Asr, menunjukkan betapa masa itu sangat penting dalam sebuah perjalanan hidup yang berpaksikan akhirat sebagai destinasi akhirnya..
3. Dedikasi, Jujur dan Amanah
Mukmin yang berusaha mengamalkan cara hidup Islam akan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah s.a.w sebagai rujukan untuk membentuk akhlak mahmudah dalam dirinya.
Bagaimana hubungan baginda dengan ALLAH, hubungan dengan manusia, bagaimana baginda bermuamalat, bagaimana baginda melayan keluarga, bagaimana baginda memimpin perang, menjalankan tugas dan tanggungjawab, semuanya akan dijadikan 'role model'. InsyaALLAH, dari usaha ini akan terlahirlah peribadi Muslim yang produktif.
Dalam entri ini, saya fikir ia lebih dari cukup untuk saya mengupas topik ini dari tiga point di atas. Menulis tiga point ini saja pun dah mampu buat saya lelah, lelah kerana memikirkan apa mungkinkah saya menjadi Muslim yang produktif?
Mungkin atau tidak, itu bukan jawapan tepatnya..
Saya berusaha untuk menjadi atau tidak, itu lebih utama.
Produktif atau pasif, pilihannya pada diri saya sendiri.
Wallahu'alam..
Thursday, November 10, 2011
hikmah musibah
Siapa yang sepanjang hidupnya tidak pernah diuji?
Jika ada, maka dia bukan makhluk Tuhan..
Hidup dan ujian tak mampu dipisahkan, bagai mentari dan sinarnya..
Saat terik sang matahari terlindung dek putaran bumi, malam yang kelam menjadi bukti mentari dan sinarnya sehidup semati..
Maka bersyukurlah kita diuji, kerana ia bukti kita berTUHAN..
Musibah itu menjadi medan ujian untuk kita, apakah kita benar-benar hambaNYA?
Hamba yang mana bila terasa lemah, masih ada iman yang menguatkan..
Bila terasa kabur, masih ada panduan dariNYA untuk jelas...
Bila terasa duka, masih ada ayat-ayatNYA menjadi penghibur...
Bila terasa sempit, masih ada peringatanNYA yang melapangkan...
Bila terasa dunia tak lagi bermakna, masih ingat ada akhirat yang kekal selama-lamanya...
Kadang, tika saya lelah disapa musibah, iman kecil saya menjadi pemujuk..
"Wahai hamba Allah, jika kau merasa terbeban dengan ujian ini, ingatlah pesan Tuhanmu bahawa seseorang itu akan diuji sesuai dengan kesanggupannya..(Baqarah, ayat 286).
Wahai hamba Allah, jika kau merasa tiada jalan solusi untuk masalahmu, ingatlah janji Tuhanmu bahawa setiap kesusahan itu, pasti ada kemudahannya...(Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)
Wahai hamba Allah, jika kau merasa di mana wajarnya Tuhanmu mengirimkan ujian sedemikian rupa, ingatlah peringatan Tuhanmu bahawa boleh jadi kau tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untukmu...(Baqarah, ayat 216)
Wahai hamba Allah, jika seisi dunia meninggalkanmu, Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu, DIA amat dekat bahkan sangat dekat dari urat lehermu...(Qaf, ayat 16)
Wahai hamba Allah, ingatlah Dia ada bersamamu..
bersamamu...
bersamamu......
bersamamu..................................................... "
p/s:moga kita terus dalam lindungan mawaddahNYA yang tak putus-putus..
Monday, October 31, 2011
Janji Ditepati…
Assalamualaikum..
Kerana saya sudah berjanji pada diri dan pada diari ini untuk menjengah ia sekurang-kurangnya sebulan sekali, maka "here I am…"
Baru saya sedar bahawa bulan Oktober mula berlalu pergi tetapi janji belum ditepati..
Jadi insyaALLAH entri ringkas ini bakal menjadi rumusan untuk sebulan yang bermakna.
Home Sweet Home @ Malaysia
Ya, sekarang sudah sebulan lebih saya menghabiskan 'placement' dan cuti musim panas di baiti jannati.
Kegembiraan bersama keluarga memang tak dapat diungkap melalui kata meski sekali-sekala rindu menjengah jua pada kampong Newcastle. =)
Walaupun hati sentiasa berbunga-bunga namun saya tak nafikan kalau sebenarnya saya sangat khuatir dengan kondisi hati.
Malaysia menjadi medan pertarungan iman dan nafsu,
bagaimana mahu mengekalkan momentum mutabaah ibadah,
bagaimana mahu jadi anak atau kakak atau adik solehah yang jarang memberontak,
bagaimana mahu terus istiqamah ke majlis ilmu di sana sini,
ia benar-benar satu pertarungan yang sangat mantap dan tentu sahaja saya tersungkur berulang kali.
'Placement' di Hospital Sultanah Bahiyah
'Placement' saya sebenarnya sebanyak enam minggu tapi kerana beberapa factor(salah satunya mestilah malas.hehe), jadi 'placement' saya sekadar 2 minggu lebih.hehe..
Saya ditempatkan di wad O&G, lebih tepat Labor room.
Meskipun hanya 2 minggu lebih sahaja di situ tapi Alhamdulillah saya berkesempatan menyaksikan lebih 30 kelahiran dan diberi kepercayaan untuk membantu lebih dari 10 proses kelahiran.
Walaupun bentuk bantuaannya tidak seberapa namun pengalaman menjadi 'part of the teams' tak mampu dibeli di mana-mana..
Menyaksikan kebesaran Ilahi menambah rasa kerdilnya diri sebagai hamba, mengenang jasa ibu di rumah dan mensyukuri hakikat diri sebagai wanita yang insyaALLAH pada masa aka datang diberi kesempatan untuk merasai perit yang sama…
Sekadar ini sahaja kita bertegur sapa, insyaALLH di lain masa kita bersua lagi secara maya..
Salam sayang dari bumi Jelapang Padi.
Sekian, wassalam.